Thursday, 20 December 2012

cetusan hati seorang aku

matanya masih ralit memandang panorama yang indah didepan mata.begitu indah sehingga bibirnya mengukir senyum tanpa disedari.siapakah makhluk tuhan yang bisa membuat hatinya terusik sedangkan selama ini tiada apa yang boleh menggugat kekebalan hati yang selama ini sengaja dibina,selepas kekecewaan yang pernah melanda hati,mencarik jiwa dan melumat kepecayaan kepada makhluk tuhan bernama lelaki.
'oh tuhan,adakah ini satu ujian atau sudah tiba masa untuk aku membuka hati pada cinta baru..?
'oh tuhan ,kenapa kau ciptakan makhluk yang sebegini indah,sehingga mata ini tak boleh lari dari hanya memandang wajahnya,sungguh sempurna.alangkah indahnya jika dia pun perasan akan kehadiran ku ini,walaupun aku rasa kemungkinan itu tiada.'
hati arinda bermonolog sendiri.bertelingkah antara hati dan akal .cuba mencari jawapan pada persoalan hati yg mula terpikat.
'eh,dia pandang aku ke?alamak ,dia perasan ke apa aku buat?alahai mata ,kau dah mamalukan aku.ya allah..maafkan mataku ini kerana dah buat zina mata..astagfirullahhala'zim..'arinda mula rasa bersalah.hatinya mula gelabah dan mula tak senang duduk.terus berdiri dari kerusi dan mula menapak pergi bila mendengar seseorang memanggilnya dengan kuat.




No comments:

Post a Comment