yanashucute
sky so blue..make my heart shining through you... tell you a story about...
Wednesday, 11 December 2013
malam itu
ketika aku mula menyedari
kasih yang telah mula hilang dari tangkai hati mu
bila matamu hilang sirna waktu kau tatap wajahku
tuturmu juga tidak gah dengan ceria dan cinta
bila berbicara denganku...
hanya mampu bercerita tentang kerja yang sudah biasa ku dengar..
tak tega menanya tentang aku yang seharian tanpamu
tak terasa untuk meletak tangan dibahuku ku lagi...
hanya duduk jauh dan minum kopi yang ku bancuh..
apakah aku yang terlewat sedar..
atau kau mula sengaja menunjuk dirimu tidak membutuhkan aku...
perit sekali jiwa ini
sakit dadaku mnahan duka..
bila terasa diri dipinggir dari cinta..
baru aku tengadah...
baru aku tahu menyebut
ALLAH...ALLAH...
sudah lama terbiar sepi mulutku
dari menyebut namaMU
ampunkan aku Ya ALLAH..
kerana leka dengan cinta ini
sehingga lupa ada yang Maha Tinggi
yang perlu lebih ku cinta...
aku malu padamu Tuhan
sudah tersungkur baru mengelupur mencariMu
aku yakin ini hikmahnya walau masih sakit tapi masih manis bila cinta ku yang satu
bertemu pemiliknya....
Thursday, 2 May 2013
Rasa hati
Selalu kita terlupa pada kepayahan
Sebab selalu kita diuliti kesenangan
Kesenangan dalam melakukan kerja harian kerana ada yang melakukan
Seronok bila memberi arahan
Tapi nanti bila semua hilang tiba-tiba
Barulah kau tahu betap jerihnya
Selama ini mereka mengerjakan apa saja arahan mu
Yang pada pandangan mu terlalu mudah
Ya mudah .....kerana kau hanya menuturnya
Tetapi mereka melaku kan dengan kudrat tulang empat kerat...
Nah...sekarang bagaimana?
Sudah rasai kepenatan mereka..jasa mereka?
Semoga kau sudah insaf...
Kerana merasai nya dengan perbuatan lebih manis keinsafan
Lebih tebal kesyukuran..lebih sayang pada kemanusiaan..
rasa hati yana shucute(10:10 pagi 3 mei 2013)
Thursday, 20 December 2012
cetusan hati seorang aku
matanya masih ralit memandang panorama yang indah didepan mata.begitu indah sehingga bibirnya mengukir senyum tanpa disedari.siapakah makhluk tuhan yang bisa membuat hatinya terusik sedangkan selama ini tiada apa yang boleh menggugat kekebalan hati yang selama ini sengaja dibina,selepas kekecewaan yang pernah melanda hati,mencarik jiwa dan melumat kepecayaan kepada makhluk tuhan bernama lelaki.
'oh tuhan,adakah ini satu ujian atau sudah tiba masa untuk aku membuka hati pada cinta baru..?
'oh tuhan ,kenapa kau ciptakan makhluk yang sebegini indah,sehingga mata ini tak boleh lari dari hanya memandang wajahnya,sungguh sempurna.alangkah indahnya jika dia pun perasan akan kehadiran ku ini,walaupun aku rasa kemungkinan itu tiada.'
hati arinda bermonolog sendiri.bertelingkah antara hati dan akal .cuba mencari jawapan pada persoalan hati yg mula terpikat.
'eh,dia pandang aku ke?alamak ,dia perasan ke apa aku buat?alahai mata ,kau dah mamalukan aku.ya allah..maafkan mataku ini kerana dah buat zina mata..astagfirullahhala'zim..'arinda mula rasa bersalah.hatinya mula gelabah dan mula tak senang duduk.terus berdiri dari kerusi dan mula menapak pergi bila mendengar seseorang memanggilnya dengan kuat.

Subscribe to:
Comments (Atom)